Wednesday, January 9, 2019

SIRI 1
KERAS YANG TERPAKSA

Tirai 2019 telah pun berusia 9 hari. Riuh rendah pelbagai rencah politik tanahair telah diisi suasananya dengan berita turunnya takhta Yang Dipertuan Agong yang ke 15 dan Malaysia sedang menanti kehadiran Yang Dipertuan Agong yang ke 16 yang dijangkakan dipilih sebelum Januari berakhir.

Artikel ambo kali ini tidak menjurus untuk mengulas hal itu. Apa yang ingin diperkatakan pada kali ini adalah perkembangan politik semasa.

Untuk kali ini ambo memfokuskan kepada perkembangan politik di Terengganu dan Kelantan.

Buah yang lebat,dahan yang rendang serta segarnya sebatang pokok adalah bersebabkan akar dan umbi yang mampu bekerja menyedut segala keperluan bagi memastikan pucuknya segar dan berseri warnanya.

Dalam dunia politik juga begitu. Kehebatan pimpinan yang mengisi kerusi diatas adalah juga berdasarkan kuatnya akar umbi dibawah. Penyatuan kepelbagaian parti yang menganggotai PAKATAN HARAPAN pada tahap ini masih dilihat bersimpang siur dengan hala tuju masing-masing.

Akar umbi dibawah masih lagi NANAR mencari kemana sebenarnya mereka akan dipacu setelah kekalahan di peringkat negeri dan kemenangan berlaku diperingkat pusat.

Hala tuju yang sistematik sehingga kini masih dilihat gagal dimuktamadkan sebagai satu halatuju yang jitu perlu dicapai secara bersama.

Kesibukkan parti masing-masing menambah ahli dan membuka cawangan atau cabang dilihat seperti itu matlamat yang penting pada ketika ini bukannya mengisi kemenangan yang sepatutnya akar umbi dan rakyat setempat menikmatinya.

Dikalangan yang ada tempat didalam parti kini tidak lagi sibuk mengelek fail ke Putrajaya setelah segala usaha sebelum itu tidak menghasilkan apa yang dihajati. Tinggal lagi yang ada adalah peluang mengisi lantikkan politik, itu pun kalau professional!

Majlis penerangan tidak lagi mengisi hari-hari seperti sebelumnya. Dasar dan matlamat kerajaan hanya bergantung kepada spekulasi dimaya dan apa yang didebatkan dikedai kopi walaupun kini kedai kopi tidak lagi lama menerima pelanggan kerana dah tak boleh merokok.

Peranan pimpinan diperingkat negeri seperti tidak bertaring pada peringkat ini apabila pelbagai masalah yang dibawa oleh peringkat akar umbi seperti mencurah air ke daun keladi. Dari masalah para guru diperingkat Jabatan Pendidikan negeri sehinggalah masalah diperingkat KEMAS pun tidak mampu mereka ini selesaikan. Masalah masih lagi tinggal masalah.

Yang mencerca dan mencaci Pakatan Harapan dikala PRU 14 masih lagi selesa dikerusinya sambil menjuih mulutnya, apa PAKATAN HARAPAN BOLEH BUAT,mereka masih lagi membolot segala kontrak dan kerja yang ada atas alasan TENDER TERBUKA,walhal yang tukang pilih tu pun geng depa!

Pimpinan peringkat negeri dari pelbagai parti boleh sahaja memberikan alasan betapa sebenarnya mereka telah pun berusaha tetapi peringkat kabinet yang buat tak tahu. Tidakkah itu membawa maksud yang SUARA kalian tidak diendahkan,apa tindakan kalian bagi memastikan suara kalian didengari?

Setakat ada pejabat yang mengerlip dengan cahaya diwaktu malam tetapi tidak mampu membayar bil api dan sewa bangunan jika tidak kerana adanya sokongan dari yang menderma,berapa lama mampu bertahan?

Akar umbi dan rakyat dibawah tidak mengharapkan Perdana Menteri datang merenjis tepung tawar kerana adanya pejabat yang gah tetapi mereka amat mengharapkan kerajaan yang mereka pilih adalah lebih baik dari kerajaan yang lalu, malah penyokong yang hadir pun hanya sekadar mampu makan goreng pisang dan ikan celup tepong di warung yang telah dipastikan tiada penyokong yang perlu mereka belanjakan!

Setakat mereka di war-warkan dengan keperluan mendengar ucapan Perdana Menteri dan bailk dengan air kotak dan sebungkus nasi dalam sesupit gelenyar lebih baik mereka habiskan masa menebas belakang rumah,semak pun kurang ular pun tidak datang membelit!

Yang mereka inginkan adalah perubahan dalam hidup yang boleh dibantu oleh pihak kerajaan agar kehidupan mereka lebih ceria. Setidak-tidaknya mereka dimaklumkan adanya kemudahan kerajaan untuk mereka nikmati. Surirumah dipilih menerima mesin membuat kuih,nelayan pulang memikul pukat atau jala. Masyarakat setempat pula didedahkan kemudahan yang patut mereka perolehi dari pelbagai jabatan persekutuan., tidakkah itu lebih baik dan memberikan menafaatnya?

Setakat nak dengar Perdana Menteri berucap dan melihat pimpinan parti berbaris menanti untuk cium tangan perdana menteri,dalam TV hari-hari mereka boleh tengok!

Gabungkan semua parti sebagai aktiviti PAKATAN HARAPAN. Yang akan menghadapi pilihanraya nanti adalah PAKATAN HARAPAN bukannya AMANAH,BERSATU ATAU KEADILAN,DAP

Tidakkah lebih baik segala aktiviti dilaksanakan bersama,bukannya bila menteri AMANAH yang turun maka ahli AMANAH yang berebut berada dihadapan dan bila Menteri dari Bersatu yang datang kena dibawa dibawa ke Hulu agar Keadilan dan AMANAH dilihat tidak berfungsi. Turun menteri dari keadilan maka yang mengisi meja makan utama adalah dari KEADILAN. Membudayakan hal sebegini bukanlah hal yang baik.

Rakyat melihat ini semua dan mereka tidak bodoh menilai!

PAS makin hari makin mengemaskan jenteranya. Pas makin tersusun jenteranya kerana mereka telah lama bertapak. PAKATAN HARAPAN PULA masih terkial-kial mencari hala tuju untuk menawan Kelantan dan Terengganu. Masih lagi bermain politik dalaman. Ahli AMANAH diminta mengisi borang BERSATU,ahli bersatu dibodek mengisi keahlian Keadilan dan seterusnya berputar ikut tu le!

Pimpinan pula masih lagi makan angin atas, bukan semua tetapi ada.Yang dah pun bersimpuh di kerusi GLC tidak lagi mampu berkata-kata. Seolah-olah itu sebenarnya yang mereka cari. Ahli dibawah bagai anak ayam kehilangan IBU!

Yang dilantik sebagai TUKANG PENYADAT TUAK terus mengelek sampul surat mencari tambang agar mudah kaya,bila lagi?

WE KNOW WHAT YOU DID LAST SUMMER!

Yang merungut terus merungut….

Sampai bila?
Sambung kemudian disiri kedua.

NYAMUK MENGGIGIT
9 Januari 2019

Wednesday, August 30, 2017

Ingat...Yang memipin PAS itu adalah Manusia. Manusia yang memimpin PAS dan menjadi ahli PAS adalah ahli politik.

Mereka ini tidak ada seorang pun yang bertaraf maksum waima setinggi mana pun pendidikkan agamanya. Dengan itu mereka ini tidak terlindung dari salah dan silap dalam menentukan hala tuju dan mengendalikan PAS itu sendiri.

PAS adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan sebagai sebuah parti politik.PAS telah menerima segala syarat yang disediakan oleh Pendaftar Pertubuhan sebagaimana parti lain di Malaysia. PAS bersetuju dengan kaedah demokrasi yang diamalkan di MALAYSIA yang mana menyertai piliharaya sebagai parti yang dihidangkan untuk rakyat MAlaysia memilihnya.

Apabila PAS telah bersetuju dengan kaedah piliharaya sebagai wadah bagi rakyat memilih mana-mana parti politik yang terbaik untuk mewakili mereka di DUN dan PARLIMEN maka TIDAK TIMBUL SAMA SEKALI SOAL TIDAK MEMILIH PAS BERMAKNA TOLAK ISLAM kerana PAS itu sendiri bukan mutlak mewakili islam dan tidak sesekali adalah agama.Image may contain: one or more people

Persoalan perlembagaan bagi setiap parti adalah panduan dan hala tuju yang parti itu sendiri digariskan sebagai panduan perjalanan parti dan keperluan ROS. Semua parti politik diwajibkan oleh ROS mempunyai perlembagaan. IKUT ATAU TIDAK PERLEMBAGAAN ITU adalah bergantung kepada MANUSIA yang menjadi pemimpin parti dan ahlinya.

Tidak membawa maksud apa yang cantik tertera di perlembagaan maka cantiklah perlaksanaan!

Dengan kaedah sebagai manusia sebagai ahli dan bersetuju untuk dibariskan sebagai parti politik yang boleh dipilih oleh rakyat dari sekelian parti politik yang sah,tidak timbul soal jatuhkan mana-mana kerajaan kerana 5 tahun sekali adalah pemilihan yang sah diberikan kepada rakyat oleh perlembagaan negara yang telah dipersetujui oleh parti yang menyertai pilihanraya

Menjadi hak rakyat untuk memilih mana-mana parti yang diyakini mewakili mereka. Memaksa rakyat dengan ugutan syurga dan neraka serta persoalan akidah tidak timbul sama sekali kerana setiap wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya adalah bersumpah untuk mempertahankan Pelembagaan Negara bagi ahli Parlimen yang mana perlembagaan negara ini asalnya adalah peninggalan penjajah . Manakala bagi ADUN pula mereka mengangkat sumpah bersuaian dengan undang-undang tubuh setiap negeri yang mereka wakili.

RUMUSANNYA

Jika mereka mengangkat sumpah mempertahankan Perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri masing-masing ,maka tidak timbul soal memperdayakan rakyat dengan ugutan bahawa undang-undang dan perlembagaan MAlaysia itu adalah KAFIR! Jika kafir,merekalah yang berjanji mempertahankannya, bagaimana mereka boleh mempunyai dua wajah? sewaktu untuk melayakkan terima gaji / elaun mereka berjanji mempertahankannya dan dihadapan rakyat mereka berhukum sebagai peninggalan penjajah dan jahiliah serta kafir hukumnya?

RAKYAT BERHAK MEMILIH KERAJAAN DARI PARTI MANA SEKALI PUN TANPA PERLU DIUSIK DENGAN UGUTAN KEAGAMAAN DAN SOAL BANGSA ASAL SAHAJA PADA PERKIRAAN DAN HEMAT RAKYAT PARTI ITU MAMPU MESEJAHTERAKAN MEREKA DALAM SEGALA SUDUT!

Sunday, August 27, 2017

Permintaan PAS untuk gunakan RCI Memali agar menyiasat siapa yang bunuh dan kena bunuh tanpa mengaitkan AMANAT HJ HADI umpama minta kereta bergerak tapi jangan dilihat ada tayar atau tidak!

Sunday, July 30, 2017

Tun Dr Mahathir Mohamed ada kaitannya juga dengan Johor dan Melayu Johor. Tak ramai orang Malaysia, termasuk orang Melayu Johor, yang tahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamed mempunyai kaitan DNA/genetik dengan Melayu Johor.

Kaitannya bagaimana? Kaitan ini melalui SITI HAWA, seorang wanita 100% Melayu yang berasal dari JOHOR. Siti Hawa berkahwin dengan seorang lelaki INDIA dari KERALA, INDIA bernama ISKANDAR.

Hasil perkahwinan ini melahirakan anak lelaki bernama MOHAMED, ayahanda kepada Tun Dr Mahathir. Dari segi genetik, Mohamed adalah 50% Melayu (melalui Siti Hawa) dan 50% India (melalui Iskandar). Maka Siti Hawa adalah nenek bapaan/sebelah bapa (paternal grandmother) kepada Tun Dr Mahathir.

Iskandar dan Siti Hawa menetap di PULAU PINANG sebagai tempat tinggal dan tempat cari makan. Mohamed dilahirkan di Pulau Pinang.

Di zaman dewasa Mohamed (bapa Tun Dr Mahathir) menjadi seorang guru bahasa Inggeris di Penang Free School, sekolah berbahasa Inggeris paling unggul waktu itu di Pulau Pinang yang didirikan oleh pemerintah kolonial Inggeris.
Kerana kerja dan tugas, Mohamed kemudian berpindah ke KEDAH. Di Kedah dia berkahwin seorang wanita Melayu, WAN TEMPAWAN.

Wan Tempawan adalah kerabat dan keturunan MAHSURI BINTI PANDAK MAYA, title 'Wan' melalu susurgalur anak lelaki dan anak tunggal Mahsuri, WAN HAKIM BIN WAN DERIS. Hasil perkahwinan Mohamed-Wan Tempawan lahirlah beberapa orang anak termasuk TUN DR MAHATHIR.

Tun Mahathir tidak di letakkan pangkal Che pada namanya tetapi di panggil " Che Det " sebagai nama timanganya.
Tun Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925.

Kemudian British mau dirikan sekolah berbahasa Inggeris yang juga unggul di Kedah. British melantik Mohamed sebagai tenaga utama mendirikan sekolah ini. Hasil kerja keras Mohamed, SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (INGGERIS) ISKANDAR didirikan di Alor Star, merupakan sekolah jenis kebangsaan berbahasa Inggeris paling unggul di Kedah waktu itu, sekolah dinamakan pada nama bapa kepada Mohamad dan datuk Dr Mahathr, Iskandar.

Tak lama kemudian, atas perancangan British, Mohamed turut mendirikan sekolah menengah berbahasa Inggeris pertama di Kedah, pada tahun 1908, ya itu GOVERNMENT ENGLISH SCHOOL. Mohamed menjadi pengetua pertama sekolah ini. Government English School didirikan betul2 depan Sekolah Jenis Kebangsaan Iskandar.

Government English School kemudian ditukar namanya kepada MAKTAB SULTAN ABDUL HAMID, merupakan sekolah menengah berbahasa Inggeris paling unggul di Kedah, melahirkan ramai cerdik pandai Kedah, termsuk DYMM SULTAN KEDAH dan adinda baginda TUNKU ABDUL MALIK serta bapa saudara baginda TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA.

Tak ketinggalan TUN DR MAHATHIR juga keluaran Maktab Sultan Abdul Hamid, keluaran 1932. Maktab Sultan Abdul Hamid kini dikenali sebagai KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID.

Sunday, November 27, 2016

Parti Amanah Negara telah bertapak dan muncul dipersada politik tanahair tepat pada saat dan ketikanya. Kelesuan dan belenggu politik yang wujud pada ketika ianya ditubuhkan telah berjaya menyemarakkan peranan parti-parti pembangkang melawan rejim Najib yang mengepalai UMNO dan juga BN.

Dengan dianggotai oleh mereka yang "MASAK" dalam sepak terajang politik tanahair, AMANAH menyusuri politik tanahair dengan penuh suka dan duka. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh ahli dan pendokongnya dalam memartabatkan keselesaan buat rakyat tidak kira bangsa dan agama bagi membebaskan diri dari derita yang mencengkam dari  berbagai sudut khasnya didalam kepincangan ekonomi negara yang ketirisannya telah menderitakan rakyat negara ini.

Cabaran ini semua tetap dilalui dengan penuh tabah dan kesabaran. Pemimpin AMANAH tetap meneruskan perjuangan ini tanpa gentar dan rasa takut demi rakyat !

DIKAFIRKAN.......SUMPAH SERANAH...DIPULAU...DI HERDIK telah menjadi Immune kepada keseluruhan mereka yang meletakkan diri mereka sebagai ahli dan pendokong perjuangan AMANAH. Bukan sedikit risiko secara harian dan berkala yang di hadapi dalam perjuangan ini. Mekanisma landasan politik yang diiktiraf dari sudut undang-undang ini juga telah DIHARAMKAN dari sudut Islam oleh parti pesaing yang jelas tergugat dan terkasima dengan kehadiran AMANAH.

Itu semua telah menjadi lumrah dalam dunia politik yg kematangannya belum menjangkau KEWARASAN SEPENUHNYA BAGI MEREKA YANG MERASAKAN DIRI SEBAGAI WAKIL TUHAN DIBUMI INI!

Hari ini....AMANAH tanpa menoleh kebelakang lagi....Terus dan terus bergerak dengan penuh bersepadu bersama rakan dan teman politik yang menginginkan MALAYSIA yang aman,makmur,sejahtera dengan menawarkan pilihan kepada rakyat MALAYSIA sebagai sebuah parti yang bergabung didalam PAKATAN HARAPAN bersama misi dan visi yang cukup jelas.

ISLAM RAHMAT UNTUK SEMUA DAN NEGARA INI BERHAK UNTUK DIPACU SECARA SEJAHTERA BERSAMA SEMUA KAUM.

SEGALA KEKAYAAN NEGARA INI PERLU DI AGIHKAN SECARA ADIL DAN DIJAGA DENGAN PENUH AMANAH!

AYUH......MARILAH KITA BERSAMA MENGUBAH NEGARA INI DENGAN MENGUBAH POLA PEMIKIRAN DAN BUDAYA POLITIK DENGAN MELETAKKAN KEWARASAN DAN KREATIVITI KEUPAYAAN MEMBINA KEMAJUAN NEGARA INI KE TAHAP SEMAKSIMUN YANG MUNGKIN DENGAN PENUH KEJUJURAN DAN RASA PERTANGGUNGJAWABAN KEPADA SESAMA MANUSIA DAN ALLAH YANG MAHA ESA!

UNDILAH PAKATAN HARAPAN DI PRU 14

NYAMUK MENGGIGIT.
https://amanah.org.my/

Saturday, October 15, 2016

KUASA RAKYAT

KUASA RAKYAT

Rakyat mempunyai kuasa dan rakyatlah akan menentukan kelangsungan sesebuah kerajaan. Apabila rakyat keluar mendesak dan menunjukkan kemarahannya kepada pemimpin, maka gerakan tersebut dikenali sebagai ‘gelombang kebangkitan rakyat’ ataupun ‘revolusi rakyat’.
Revolusi rakyat telah memungkinkan sesebuah kerajaan itu kekal ataupun sebaliknya. Rentetan peristiwa yang berlaku di Tunisia, Yemen, Syria, Libya dan Bahrain membuktikan bahawa kuasa rakyat sedang bertembung dengan keinginan pemimpin untuk terus mengekalkan kuasanya.
Konsep penyelesaian sengketa tanpa menggunakan kekerasan dalam istilah politik dipanggil pasifisme. Peristiwa yang berlaku sebelum ini di Mesir dan Tunisia mempunyai unsur-unsur pasifisme, yang mana kedua pihak yang berkonflik hanya menggunakan ‘kuasa rakyat’ untuk mendesak pemimpin berundur. Desakan yang pada mulanya cuba dipertahankan itu tidak terbendung lagi, semakin ramai rakyat keluar menyatakan kemarahan, tetapi pihak tentera tetap mengambil langkah ‘tunggu dan lihat.’
Profesor Tamu di International Peace and Conflict Resolution Programme, Universiti Amerika, Mohammed Abu Nimer telah menghasilkan sebuah kajian menarik mengenai konsep pasifisme menurut pandangan Islam. Buku beliau bertajuk, Nonviolence and Peacebuilding in Islamic: Theory and Practice dan diterbitkan oleh Universiti Florida, Amerika Syarikat memberikan gambaran bahawa Islam juga mempunyai kaedah penyelesaian konflik.
Mohammed yang mempunyai pengalaman luas dalam kajian proses perdamaian di beberapa negara (Filipina, Timur Tengah dan masalah Palestin) menjelaskan bahawa prinsip-prinsip Islam sentiasa mengajak pihak yang berkonflik supaya tetap memikirkan kaedah memupuk budaya damai dan anti-kekerasan. Terdapat pesan-pesan al-Qur’an dan Hadis mengenai perkara tersebut, misalnya unsur-unsur pasifisme dalam surah Al-Maidah ayat 64, surah An-Nahl ayat 90 dan surah al-An‘am ayat 151.
Peringkat awal dakwah Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun di Mekah turut menggambarkan bagaimana strategi pasifisme dimulakan. Dalam keadaan desakan dan serangan masyarakat Quraisy, baginda berpindah ke Madinah. Perpindahan itu membuktikan atas nama kedamaian, Nabi Muhammad SAW sanggup ‘beralah’ dengan harapan ia akan memberikan kemenangan moral dalam jangka panjang.
Setelah berdakwah selama 23 tahun di Madinah, Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mampu membentuk sebuah masyarakat yang damai, harmoni, menghormati resam kehidupan antara agama, malah membantu merubah struktur masyarakat Mekah. Madinah menjadi modul struktur masyarakat Islam yang unggul, meskipun tidak berlaku proses mengislamkan semua penduduknya ke dalam satu agama. Konteks ini turut memberikan prinsip utama Islam, bahawa memaksa orang lain memeluk Islam adalah sesuatu yang dilarang, sebaliknya proses perpindahan agama adalah berdasarkan pilihan dan sukarela.
Proses perpindahan keyakinan itu berlaku dalam kalangan masyarakat Yahudi. Masyarakat Yahudi dan pagan telah menerima Islam sebagai pegangan baru, bukannya berasaskan ‘agama pedang’ sebagaimana dilontarkan oleh para orientalis dan sejarahwan barat yang oportunis.
Meskipun Nabi Muhammad SAW dihina, disiksa, dicaci dan ditawarkan dengan pelbagai tawaran dan ancaman, baginda tetap menunjukkan teladan yang baik, tidak membalas musuhnya dengan tindakan kekerasan. Penegakkan prinsip keesaan Allah SWT berjalan dalam suasana yang dapat diterima secara mudah, dan inilah strategi pasifisme yang dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan mempertingkatkan kehidupan beribadat.
Islam mempunyai prinsip dan nilai tersendiri bagi menegakkan keadilan dan kesejahteraan sosial, iaitu melalui tingkah laku yang baik, nilai-nilai kesejagatan dan kemuliaan setiap insan. Nilai-nilai kesetaraan antara sesama manusia hanya ditentukan oleh tahap ketakwaan dan bukannya ukuran materialisme.
Melalui asas dan prinsip ketakwaan inilah masyarakat Islam berada dalam suasana harmoni dan menjunjung tinggi ilmu dan akal, mendorong kreativiti dan pembaharuan. Setiap orang Islam tetap mempercayai bahawa dirinya adalah sebagai ‘hamba’ dan bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Dari situasi inilah akhirnya membentuk nilai-nilai kemuafakatan antara pemimpin dan pengikut. Konsep pemimpin dalam Islam dinamakan sebagai imam manakala pengikut ialah makmum, sehingga dalam setiap upacara ritual perlu menghormati mereka yang memimpin. Pengikut berhak menegur pemimpin sekiranya pemimpin itu melakukan hal-hal yang melanggar akidah Islam.
Keindahan itulah yang cuba digambarkan oleh Mohammed. Keindahan itulah yang juga memberi ilham kepada Mahatma Ghandi untuk memperluaskan prinsip pasifisme dalam siri perjuangan menuntut kemerdekaan dari British di India. Hal yang sama turut memberikan ilham kepada Marthin Luther King untuk menuntut keadilan sosial bagi masyarakat kulit berwarna di Amerika Syarikat.
Prinsip kesejagatan Islam meletakkan tanggungjawab kepada setiap manusia, kerana itulah pada hakikatnya setiap apa yang dilakukan akan diadili bagi menentukan balasan selepas kematian. Apa yang dilakukan sepanjang menempuh hidup di dunia akan diberikan ganjaran di akhirat, dan pada hari perhitungan itulah seseorang itu akan ditentukan sama ada dirumahkan di syurga atau neraka.
Setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan tanggungjawab yang diberikan itu pula tidak seharusnya digunakan untuk melanggar atau mencerobohi hak orang lain. Di sinilah letaknya keunggulan prinsip kesejagatan Islam di mana setiap orang akan bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukannya, sama ada memudaratkan diri, orang lain dan di sebaliknya. Kewajipan yang paling besar ialah menjaga hati dan perasaan orang lain dalam konteks memahami dan menghormati prinsip orang lain selagi ia tidak bercanggah dengan aturan membina keimanan dan ketaqwaan.
Walaupun tidak semua tindakan menyelesaikan konflik berakhir dengan kemenangan ‘kuasa rakyat’, Mohammed tetap yakin ada jalan penyelesaian terbaik. Kedamaian akan wujud sekiranya setiap pihak menghormati hak orang lain, dan setiap pemerintah tidak hanya tahu menggunakan ‘kuasa rakyat’ untuk memperoleh kuasa, tetapi juga memenuhi tanggungjawab menjaga ‘hati dan perasaan rakyat’.
Inilah yang seharusnya menjadi pedoman kepada pemimpin-pemimpin Islam yang berada dalam tampuk kuasa. Memahami keperluan rakyat dan menyelami sukarnya rakyat hidup, dan bukan hanya sekadar membentuk slogan dan falsafah perjuangan yang tidak difahami rakyat. Ini kerana ‘kuasa rakyat’ ada hadnya.

Friday, August 12, 2016

Tentulah tidak logik sama sekali atas keturunan NIK ABDUH dari Arwah TGNA jika dituduh atau dikatakan mengeluarkan kenyataan dalam keadaan "MABUK"
Namun......
Jika diteliti penyataan yg dikeluarkan oleh FMT yang memetik ianya sebagai kenyataan yg dikeluarkan oleh Nik Abduh baris demi baris maka bagi Ambo tiada perkataan yg lebih sesuai untuk mengambarkan kecelaruan PEMIKIRAN NIK ABDUH sebagai kenyataan orang 'MABUK"...Paling tidak pun mabuk COCA-COLA ATAU ORANG KELANTAN MENYEBUTNYA SEBAGAI "ORE TOK SEGAR LAH MANA"

Apa relevannya PAS kini digemari oleh golongan profesional dengan dakwaan Sarawak Report tentang sangkaan meluas adanya pemimpin menerima 90 juta dari Najib?

Logiknya, jika Abduh menyerang AMANAH ATAU DAP sebagai pihak yang berkepentingan yang menuduh penerimaan wang itu oleh PAS dari Najib maka masuklah juga akal memikirnya kerana DAP DAN AMANAH KINI ADALAH ENTITI POLITIK YG SIFATNYA MELAWAN PAS ATAS ALASAN TIDAK LAGI BEKERJASAMA.

Namun tuduhan pemimpin PAS terima wang 90 juta dari Najib bukan dari DAP atau AMANAH!

Bilamana Abduh mendakwa Sarawak Report mengeluarkan tuduhan itu atas kepentingan ..... secara sudut politik logiknya apa? Sarawak Report bukan entiti parti politik!

Kata Nik Abduh:-

PAS terus mendapat sokongan golongan profesional, dan ini menyebabkan Sarawak Report menuduh pimpinan tertinggi parti itu menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Katanya, ia susulan kegagalan beberapa pihak menyerang parti itu dalam usaha melabelnya parti “tok lebai

#Siapa pihak yang Abduh TUDUH sebagai telah menyerang dengan melabelkan parti TOK LEBAI? Sarawak Report kah? Jika bukan...Apa relavannya kenyataan ini dengan tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report? Jika BENAR....SAKSINYA SIAPA?

Kata Nik Abduh lagi:-

Katanya, dakwaan Sarawak Report itu usaha baru pihak tertentu menjemput “bomoh baru dari UK” bagi “meniupkan mantera jampi serapahnya” menyisihkan PAS daripada arus perdana politik.

#Pihak mana yg Nik Abduh tuduh sebagai ENTITI YG MENJEMPUT "BOMOH BARU DARI UK"?

Apakah kerana NIK ABDUH ITU KETUA PEMUDA PAS MAKA HALAL BAGINYA MENUDUH SIAPA SAHAJA TANPA FAKTA DAN SAKSI SEBAGAIMANA PEMILIK SARAWAK REPORT YG KAFIR DIKATAKAN TELAH MEMFITNAH?

Andainya Sarawak Report fitnah dengan beritanya,apakah kenyataan Nik Abduh bukan fitnah?

Apakah fitnah tidak berlaku kerana Nik Abdu tidak sebut nama,maka bukan fitnah?

Jika itu analoginya,Sarawak Report juga tidak sebut nama.....Bagaimana seorang yg sifatnya sebagai PENCERAMAH FORUM PERDANA HAL EHWAL ISlAM YG KINI TIMBALAN PRESIDEN PAS BOLEH PULA MENGATAkAN IANYA FITNAH?

MUNGKIN KITAB YG NIK ABDUH BELAJAR DENGAN YANG TUAN IBRAHIM TUAN MAN BELAJAR LAIN PENGARANGNYA!

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/12/tuduhan-rm90-juta-kerana-pas-masih-pilihan-profesional-kata-nik-abduh/